KUALA LUMPUR: Sembilan kes jangkitan cacar monyet (mpox) dilaporkan berlaku di dalam negara bagi tempoh Julai hingga November tahun ini melibatkan seorang warga asing dan lapan warga tempatan.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata kes pertama dan kedua direkodkan di Kuala Lumpur pada Julai, kes ketiga dan keempat pada bulan lepas di Selangor, kelima di Sarawak pada 5 Nov manakala baki empat kes terbaharu juga di ibu negara.
"Kementerian giat melakukan langkah kawalan dan pencegahan jangkitan mpox agar tidak merebak antaranya pemantauan di pintu masuk antarabangsa negara dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia bagi pengesanan awal terhadap pengembara yang bergejala.
"Bagi kemasukan pelajar asing ke institusi pendidikan tinggi terutama dari negara yang melaporkan kes mpox atau endemik mpox, mereka diminta melakukan pemantauan kendiri selama 21 hari dan perlu dapatkan rawatan sekiranya bergejala," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Sabri Azit (PN-Jerai) mengenai langkah pencegahan bagi memastikan jangkitan cacar monyet yang dilaporkan telah wujud di Malaysia tidak menular seperti virus COVID-19.
Lukanisman berkata melalui Garis Panduan Pengurusan Mpox Malaysia 2023, mereka yang dijangkiti dan kontak rapat perlu melalui tempoh pengasingan di kediaman atau lokasi bersesuaian sehingga disahkan bebas daripada jangkitan.
"Bagi langkah pemantuan ketika ini, kita ada 11 klinik sentinel terdiri daripada tujuh fasiiti kerajaan dan empat swasta manakala untuk pengesanan awal jangkitan, kita ada khidmat ujian pengesanan virus melalui 12 makmal termasuk empat fasiliti swasta," katanya.
Sementara itu, Lukanisman berkata kaedah pelepasan nyamuk Aedes berbakteria Wolbachia terbukti dapat mengawal dan mengatasi peningkatan wabak denggi dengan inisiatif dilaksanakan sejak 2019 itu menyaksikan 19 lokaliti pelepasan nyamuk merekodkan 100 peratus penurunan kes denggi.
"Sehingga kini, terdapat 31 lokaliti pelepasan nyamuk itu di seluruh negara dengan perancangan pertambahan 10 lokaliti pelepasan baharu setiap tahun," katanya menjawab soalan Datuk Seri Shahidan Kasim (PN-Arau) mengenai langkah drastik bagi mengekang kes denggi yang semakin meningkat.
Menurut beliau, nyamuk Aedes berbakteria Wolbachia tidak berbahaya kepada manusia sebaliknya ia menghapuskan virus denggi apabila mengawan atau bersenyawa dengan nyamuk Aedes biasa.
Beliau berkata walaupun kaedah itu berkesan, namun Kementerian Kesihatan tidak dapat melaksanakan langkah berkenaan secara besar-besaran memandangkan pelepasan nyamuk itu memakan kos tinggi dengan purata harga seekor nyamuk Aedes berbakteria Wolbachia antara 30 hingga 45 sen.
Katanya, berdasarkan data minggu epidemiologi ke-47 (ME47) bagi tempoh 19 hingga 25 Nov, jumlah kumulatif kes denggi adalah 108,429 kes berbanding 56,304 kes bagi tempoh sama pada 2022, iaitu peningkatan 52,125 kes atau 92.6 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023
Mereka yang dijangkiti dan kontak rapat perlu melalui tempoh pengasingan di kediaman atau lokasi bersesuaian sehingga disahkan bebas daripada jangkitan. - Gambar hiasan/ X Bernama
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Lima lagi lebuh raya setuju laksana SPT September ini
Enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) bermula September ini.
Lawrence Wong terima ucapan tahniah pemimpin dunia
Wong menyatakan harapan agar dapat menjalinkan kerjasama bagi meningkatkan kerjasama dua hala dan serantau.
Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi dua hari ke Kazakhstan dengan mengunjungi Masjid Besar Astana yang terletak di sepanjang Laluan Sutera di Astana.
Pelancong Jerman lemas di Pulau Perhentian
Insiden berlaku ketika Dr Loosen- Freiling Iris, 74, mandi bersama suaminya di pulau peranginan itu pada kira-kira 3.30 petang Khamis.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua beregu negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand
Dua beregu lelaki negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand 2024 selepas memenangi perlawanan pusingan kedua masing-masing yang berlangsung di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
KKM pertimbang vaksin influenza untuk warga emas
Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada warga emas.
Dua kakitangan KKM cedera, pacuan empat roda terbabas di lebuh raya
Kemalangan berlaku kira-kira satu kilometer daripada lokasi sebuah bas terbabas menyebabkan 41 penumpang dan pemandu cedera, semalam.
KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
KKM memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan.
Cuaca panas: Orang ramai tidak perlu risau, KKM sentiasa pantau keadaan - Dr Dzulkefly
Orang ramai diminta tidak khuatir dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini kerana situasi itu sentiasa dipantau rapat Kementerian Kesihatan (KKM).
Cuaca panas: KKM akan umum jika perlu tutup sekolah
KKM akan membuat pengumuman termasuk mempertimbangkan keperluan penutupan sekolah berikutan cuaca panas melanda beberapa negeri.
Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
KKM batal notifikasi produk ZMY Magnetic Aura Night Cream mengandungi merkuri
Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik terbabit dengan serta-merta.